Sunday, April 19, 2009

mari bercinta atau mari benci-nta?

-Bak kata yusry dan apek dalam lady bos” cinta itu boleh diumpamakan bagai makan sambal belacan, walau pedas hingga mengalir airmata, masih mahu dimakan jua, cinta jangan dibuat macam goreng pisang,sungguh enak bila makan panas2, bila ia sejuk jadi kurang enak, hilang sedapnya..”

Bagi aku pula, cinta itu ibarat kain berwarna..kalau pada mulanya kita beli kain itu dengan harga yang murah, mahu jimat, dan nak dapatkannya pun mudah, di pasar malam sahaja, namun tanpa kita sedari apabila ia dicalit kotor lalu kita basuh maka turunlah warna2nya dan makin hari makin lusuhlah ia, kerana diawalnya tadi kita tidak melihat kualitinya.dan tidak memikirkannya yang kita mungkin akan perlu menggunakannya lama…

Cinta, apabila kita taburkan dengan kualiti yang rendah dan kita memandangnya dengan mudah, dan kita tidak pula mahu ianya kekal, seperti barang murah yang boleh ditukar2 dan dibuang2, maka apabila cinta itu dilanda sesuatu dugaan atau cabaran, maka dengan senangnya kita lemah dan memutuskannya…

Namun, pada waktu kita letakkan ia pada taraf kualiti paling tinggi dalam hidup kita, kita curahkan harga yang mahal padanya, dan kita jaga ia dengan baik kerana kita mahu memilikinya selamanya, tanpa kita sedari bahawa dia disebelah sana hanya menganggap ia seperti kain bewarna yang dibeli dari pasar malam…alangkah sedihnya…

4 mahu cakap...:

syd ~pisces~ said...

aku pula tak sedar kain aku mahal..aku ingat kain pasar malam,dan bila dah sedar itu kain mahal,tak boleh buat apa-apa kerana aku kain itu telah compang camping dibuat aku.

.amnesiac. said...

belajarlah untuk menghargai cinta

saya bibah said...

cinta mematangkan.huhu...

cindir-rela said...

-syd
ya..kau telah tersilap menilai...perlukah kamu membeli kain baru?

amnesiac
ya..belajar dan terus belajar.

bibah.
but, love is childish...

tuk tujuh budak itam..down memory lane:)