Aku menulis lagi…ya, sudah berada dirumah, setelah seminggu di kedah dan seharian di hospital kuala Lumpur..ya, sekali lagi..gadis yang tak paham bahasa…kali ini, kunjungan aku ke hospital
Aku kongsi sedikit pengalaman aku menjelajah
Pagi itu, aku kunci jam pukul 6 pagi..tapi bangunnya pukul 8..letih, seharian didalam bas dari kedah..ibu suruh singgah tengok ibu di hospital sebelum aku berangkat ke kedah sebenarnya, tapi aku terlewat sampai di bangi, jadi tidak kesampaian..aku katakan pada ibu, “takpelah bu, nanti panjang umur nora balik dari kedah nora jenguk ibu ye…”
Balik sahaja dari kedah malam itu, aku terus telefon kakngah…ibu excited tahu aku sudah pulang…lapang benar dada aku dia menerima aku seadanya…beria juga dia suruh aku datang awal pagi”boleh tengok ibu buat treatment, pegi gim” katanya…ok..aku balas senang..mulanya sudah berjanji dengan kawan mahu dia tumpangkan sampai di hkl, tapi
Aku bergerak dari bangi menaiki teksi ke komuter ukm..berdebar dada.,..tak tahu mana arah tuju sebenarnya, walaupun malam itu kak ngah sudah ajar bagaimana naik lrt..ok, takpe aku
Sampai di tasik selatan, aku mengikuti jejak orang ramai..kemana arah mereka ini? Ok..aku sudah nampak kaunter tiket..aku tanye pada kakak kaunter” kak, saya nak pegi titiwangsa, camne?” “ beli tiket titiwangsa” jawabnya…huh, tak memenuhi kehendak soalan…disitu ade dua platform..satu ke sentul timur, satu ke petaling..aku sudah gelabah..takpe, “kalau silap boleh patah balik” jawab aku pujuk budak manje ni…aku ikut instinct saja..ke sentul timur..ok….naik..wah, selamat betul..
Ok..aku duduk diam di dalam lrt…takut..hahah..nampak sepasang pasangan cina bercinta berpeluk-pelukan dalam lrt..urm…manje lah tuw!!kunun..tiba2, ade dua orang tua cina masuk..satu perempuan, satu lelaki..banyak seat, tapi mereka tak duduk..umm lelaki tua itu duduk disebelah aku..tibe2, tren dah jalan, lelaki tua tadi bangun lalu offerkan tempat duduk pada perempuan cina tadi..mereka elak mengelak nak duduk..urm, malukan aku je sebab aku tak bangun pun..bukan ape, banyak lagi seat kosong sebenarnya..tiba2, pasangan bercinta tadi, “yang lelaki” bangun..suruh perempuan tua tu duduk di seatnya, dan lelaki tadi duduk disebelah aku..cis perempuan rupanya!! Berpakaian lelaki..berambut pendek dan bertindik banyak di telinga HAAA…LESBIAN!!...aku lihat awek dia bangge ar balak dia buat camtu..terus pegang2 tangan..pergh, banyak lovebite kat leher..heheheheh
Aku sampai di titiwangsa, naik teksi ke hkl..ceh, kene 60sen je..baik jalan kaki..haha..dekat rupanya,..Cuma aku baru pertama kali naik public transport so tak tahu mana arah tuju..ok..aku terus gerak ke wisma rekod..wisma kayu..ibu sudah pindah wad..sampai sahaja di wad..dah gelabah tak kenal mana ibu..carik kat katil takde plak…rupanya ibu di gim…lainnya muka ibu…pucat…dah salam2 semua, rupanya ibu tak makan lagi..patutlah pucat…kami ke katil…borak2, nangis2, cerita2..dah petang…itulah je pun kerja aku kalau jumpe ibu..ibu nangis aku nangis,..pastu dua2 gelak2..ngumpat bo0bo0..hahah..takdelah ngumpat..
Ibu banyak cerita…share same2..and kawan sekelas kami korn dan elmi datang melawat..memang awal2 korn dah bagitau aku nak datang melawat..so, aku tunggu..ibu amik kesempatan pulak cakap jawa dengan korn n elmi..siot! mentang2 aku tak pandai jawe..hahah..
Lame juga aku disana..sampai pukul tujuh malam…makan dengan ibu,,share satu pinggan.terharunya…baiknya layanan dia pada aku…dan dengan ringannya mulut dia kenal
Aku lihat peritnya dia ketika buang air besar dan kecil.sedih disitu..aku tahu, bo0 pun tak pernah lihat ibu begitu..itu aku pasti…dan dia berkongsi cerita dizaman mudanya…banyak aku belajar dari dia…dan baliknya aku dari hkl, dengan satu rasa hati yang lapang..dan senang…selepas pertanyaan ibu yang buat aku berfikir panjang…bukan sebagai aku tetapi sebagai bo0…bila ibu buka mulut Tanya aku” berat tak bagi nora, dengan keadaan sekarang, baik dengan ibu, tapi tak baik dengan afif…ibu paham..dan ibu tahu…nora cakaplah, ibu tak kecil hati…sebab ibu sayang nora dari hamba Allah kepada hamba Allah yang lain…” buat aku menangis lagi..dan dia pun…aku berfikir panjang disitu…kalau berat bagi aku..lagi berat pada bo0bo0 sebenarnya…sebab dia banyak tanggung semua…betul..aku kini lapang memikirkan pasal tadi…
Banyak rahsia aku dengan ibu, banyak juga rahsia ibu dengan aku..yang aku yakin tidak siapa tahu..kerana kami sudah kawan…tulusnya dia menyayangi aku sama dengan tulusnya aku menyayangi dia…bukan kerana bo0 atau sape2..bila dia kata” nora ni anak ibu tau!” buat aku tersedu2….
Dan selepas ini, aku berhati lapang,,kerana pertanyaan itu…aku mohon maaf pada semua..dan juga pada ibu…kalau nora dah tak contact ibu lagi, atau nora tak datang jengok ibu lagi..bukan bermakna nora tak sayang ibu,…tapi nora jaga hati banyak pihak yang lebih perlukan ibu..nora yakin ibu paham sangat….sebab kita dua tuluskan bu?
terima kasih ibu..nora sayang ibu…:) ibu cepat sembuh ya….!
Tapi malam ini ibu, nora tak sanggup nak jauh dengan ibu sebenarnye..kalau lah semua ini tak jadi…kalau…:(
p/s: ibu sms lagi, katanya sudah keluar hospital..kali ini permintaan berat dari ibu, DIA MINTA DATANG RUMAH!! Parah….:p


0 mahu cakap...:
Post a Comment